SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan di Uttar Pradesh, India dinamakan sebagai ‘Sanitizer’.
Bapa bayi itu, Omvir Singh, berkata dia menamakan anaknya dengan nama itu kerana ia mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan Covid-19.
“Setiap kali orang bercakap mengenai korona, mereka akan sentiasa ingat sanitizer menyelamatkan mereka,” katanya.
Sanitizer dilahirkan pada Ahad lalu di sebuah hospital dan ibunya, Monika berkata semua petugas kesihatan tersenyum sebaik saja anaknya diberi nama tersebut.
Pasangan itu turut meminta ahli keluarga dan saudara mara untuk mematuhi perintah berkurung sebelum meraikan kelahiran bayi mereka.
Sementara itu, seorang bayi perempuan di Gorakhpur turut dinamakan sebagai ‘Corona’ manakala bayi lelaki yang dilahirkan di wilayah Deoria seminggu kemudian diberi nama ‘Lockdown’.
Di Rampur pula, seorang lagi bayi lelaki dinamakan sebagai ‘Covid’.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Mstar
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Bapa Namakan Anak Lelaki Baru Lahir ‘Sanitizer’"