Niat ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam berkongsi duit belanja yang diberikan oleh anaknya itu di Instagram malangnya disalah ertikan oleh netizen.
Tulis Nani: “Rezeki dari Allah melalui anak-anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kathiran Hanis Zalikha setiap bulan bagi belanja buat mama.
“Semoga luas rezeki serta mendapat kebaikan di dunia dan di akhir4t.”
Menganggap tindakan itu bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan riyak, ada yang menyi1ndir perkongsian itu dengan pelbagai cara.
Mak korang dah post ke belum? pic.twitter.com/tGAqACLTJ6
— dylawok (@dylawok) April 16, 2020
“Allahu. Kena tunjuk post duit, al-Quran dan tasbih ke? Complete dah kuota ni,” tulis @kiddepax.
“Mak dia tak ada online banking ke? Anak kemain kaya, tapi mak dia masih simpan duit bawah bantal,” sahut @FarrellFaiz.
Bagaimanapun, ada yang menyifatkan tindakan menularkan posting terbabit kerana perasaan dengki dan iri hati.
“Berdasarkan gambar di atas, terdapat seikat fulus yang agak banyak dan bernilai yang dipegang oleh tangan manusia, yang ternyata membuat rata-rata Twitterians menjadi tak senang duduk dan sakit hati melihatnya dek kerana cembvru disebabkan oleh nilai jumlah wang itu,” tulis QoLire.
Malah, ada yang menganggap posting itu sebahagian daripada apresiasi Nani buat anaknya.
“Macam mana kalau mak dia tengah di fasa terharu seronok (atas sejadah) buat dia rasa nak share seperkara pasal Hanis.
“Kenapa kena ambil sudut negatif sebab kalau aku pandang dah baca un aku tak terfikir apa pun,” tulis @caaawana.
Bagaimanapun, entri itu telah dipadamkan oleh Nani.
Sumber : Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Ditudvh Riy@k Tyang Duit Anak Bagi, Ibu Hanis Zalikha Dikecm Dan Disndir"