“Hello Everyone” Johnny Depp Buka Akaun Instagram, Raih 1.6 Juta Pengikut Dalam Masa 16 Jam

Aktor popular Hollywood Johnny Depp telah membuka akaun Instagram rasminya malam tadi.

Menggunakan akaun @johnnydepp, Depp telah berkongsi sebuah foto dirinya dan video projek terbarunya untuk tatapan umum.

“Hello everyone, sedang merakam filem untuk anda semua sekarang. Berikan saya sedikit waktu,” tulisnya sebagai kapsyen foto pertama.

 

View this post on Instagram

 

Hello everyone… filming something for you now… gimme a minute

A post shared by Johnny Depp (@johnnydepp) on

Walaupun kurang 24 jam pelakon filem The Tourist itu membuka akaunnya, dia kini telah meraih hampir 1.9 juta pengikut seluruh dunia!

Dengan mengikuti 90 akaun Instagram lain, antara nama-nama popular yang tersenarai adalah pelakon Orlando Bloom, pengacara Oprah Winfrey, aktres Penelope Cruz dan anaknya sendiri, Lily-Rose Depp.

Selain Depp, pelakon Jennifer Aniston juga baru membuka akaun Instagramnya Oktober tahun lalu.

Walaupun mereka berdua dilihat sudah terbuka untuk berkongsi kehidupan sosial dengan peminat, ada nama-nama popular dunia yang masih tidak memiliki akaun Instagram.

Sehingga kini, anda tidak akan jumpa akaun rasmi Jennifer Lawrance, George Clooney, Scarlett Johansson, Brad Pitt dan Robert Pattinson di Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hello Everyone” Johnny Depp Buka Akaun Instagram, Raih 1.6 Juta Pengikut Dalam Masa 16 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*