“M0ga Fr0ntliners Dapat Mengukirkan Senyuman…”Aishah Letak Nama Lagunya Atas Face Shield

Penyanyi popular Aishah tampil dengan kelainan dalam menghasilkan pelindung muka atau face shield kepada petugas barisan hadapan apabila meletakkan nama lagunya di atasnya.

Aishah berkata idea kreatif itu dilakukan hanya mahu membuat petugas barisan hadapan itu ceria walaupun dalam keadaan tertekan.

“Alhamdulillah,setiap hari sekarang saya bangun pagi dengan satu misi,nak siapkan face shield untuk mana-mana klinik kesihatan atau hospital yang memerlukan.

“Terima kasih @nazrai_hijabpin kerana menaja sticker untuk diletakkan di atas face shield. Terima kasih juga di atas idea untuk meletakkan beberapa tajuk lagu saya di atas sticker face shield ini, dengan harapan dapat membuatkan frontliners mengukirkan senyuman di dalam keadaan yang begitu tertekan buat masa ini,” tulisnya.

Aishah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Aishah memuat naik fotonya yang sedang memakai face shield tersebut.

Terdahulu, Aishah dilaporan menyiapkan seribu pelindung muka kepada petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus menghadapi pandemik COVID-19.

Lebih membanggakan, Aishah menyiapkan pelindung muka ciptaannya itu seorang diri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata peminat memuji usaha Aishah, malah ada yang mahu menjadi sukarelawan membantunya menyiapkan kesemua pelindung muka tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Day #29 – Alhamdulillah,setiap hari sekarang I bangun pagi dgn satu misi,nak siapkan face shield utk mana2 klinik kesihatan atau hospital yg memerlukan.Terima kasih @nazrai_hijabpin kerana sponsor sticker utk diletakkan di atas face shield.Terima kasih juga di atas idea utk meletakkan beberapa tajuk lagu I di atas sticker face shield ini,dgn harapan dpt membuatkan frontliners mengukirkan senyuman di dlm keadaan yg begitu tertekan buat masa ini.Terima kasih juga kepada @sehadin dari group @aishahfcff_official yg telah menyambung projek ini dgn mendermakan cost pembuatan face shield ini utk the next 1000pcs.Semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt semua yg menghulurkan bantuan.Ok jom2 kita sambung kerja😀😀😀Stay safe stay healthy STAY HOME!!! #sampaikanygbaik2 #AishahjmmC19thoughts

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“M0ga Fr0ntliners Dapat Mengukirkan Senyuman…”Aishah Letak Nama Lagunya Atas Face Shield"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*