“Walaupun Slbuk Dengan C0vid- 19, KKM Tetap Laju Selesaikan Masalah Denggl” Puji Dayana Roza

Pelakon drama Abang Bomba I Love You, Dayana Roza dikatakan baru sahaja sembuh daripada demam denggi yang dihadapinya.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Dayana memuji kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang pantas menangani masalah denggi.

“Saya baru sembuh dari demam denggi & saya puji kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun tengah sibuk dengan masalah covid- 19, KKM tetap laju untuk selesaikan masalah denggi, tulis Dayana pada entri bervideo itu.

Tambah Dayana, Pejabat Kesihatan Hulu Langat hanya mengambil masa sehari dua sahaja untuk menyelesaikan masalah denggi di kawasan perumahannya.

“Kelmarin dulu Pejabat Kesihatan Hulu Langat call untuk ambik report, kelmarin datang check kawasan rumah & petang semalam datang fogging kawasan perumahan saya.

“sebagai rakyat malaysia, saya sangat bangga dengan KKM. Tahniah & Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia,” puji Dayana lagi.


Pesan Dayana kepada semua supaya sentiasa #staysafe walaupun ketika berada di rumah. Pastikan kawasan rumah bersih kerana denggi juga merbahaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Walaupun Slbuk Dengan C0vid- 19, KKM Tetap Laju Selesaikan Masalah Denggl” Puji Dayana Roza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*