Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida mendedahkan dia pernah berniaga nasi lemak suatu ketika dahulu.
Malah, Vida masih mempunyai kemahiran dan resepi tersendiri yang dipraktikkan hingga kini.
“Pengalaman saya menjual nasi lemak dahulu anak-anak tak tahu, saya nak ajar mereka goreng ikan bilis, bungkus nasi lemak sebab mereka tak berpeluang.
“Kita dulu zaman susah, tapi mereka buktikan mereka boleh. Seronoknya mereka cuba untuk memberikan terbaik untuk saya.
“Selalunya tak bagi mereka masak sebab takut kena api, pisaulah,” kata Vida yang membenarkan anak-anaknya, Cik B dan Kacak membantunya di dapur untuk menyediakan nasi lemak.
Malah, Vida berkongsi rahsia untuk menyedapkan nasi lemak kepada Cik B.
“Kalau nak buat nasi lemak kena kopek ikan bilis, barulah sedap. Kena belah. Nanti barulah orang makan nasi lemak kita akan lebih berselera,” katanya.
Aksi itu sebenarnya sebahagian daripada rancangan The House musim kedua yang pernah disiarkan di Gempak sebelum ini.
Dalam episod sama, Vida turut diberikan cabaran menyediakan 200 bungkus nasi lemak untuk dijual di Janda Baik.
The House menyingkap kehidupan Vida sekeluarga yang ditempatkan bersama dalam satu rumah menerusi sebuah program realiti digital.
Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban serta cabaran Vida dan anak-anaknya tanpa bantuan pemandu dan pembantu rumah.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak atau YouTube Gempak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Rahsla Nak Bagi Sedap Kena K0pek… ” Vida Ded@h Pernah Berniaga Nasi Lemak Ketika Susah.."