“Tiada Rezeki Tempa Nama, Undur Diri Jalan Terbaik” Harris Baba Ucap Selamat Tlnggal Pada Dunia Seni

Penyanyi dan pelakon Harris Baba membuat keputusan mahu meninggalkan industri hiburan selepas kerjayanya yang semakin menurun selama tiga tahun lalu.

Memetik laporan BH Online, graf popularitinya merosot selepas dua tahun berehat dan menumpukan perhatian pada perniagaan keluarga di Sabah.

“Saya berulang alik hampir setiap minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tiada rezeki saya menempa nama, jadi saya fikir keputusan mahu berundur diri adalah jalan terbaik.

“Saya berundur diri secara baik daripada syarikat rakaman, World Peace Entertainment walaupun baru lapan bulan menandatangani kontrak,” ulas Harris kepada BH Online.

Terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya kerana berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu, Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 29, percaya keputusan yang diambil ini merupakan pilihan terbaik.

“Cukuplah, saya berada dalam industri hiburan. Jika diteruskan sekali pun, saya bimbang kerjaya berada di landasan yang sama. Jadi, saya harus bijak membuat keputusan,” ujarnya lagi.

Tambah Harris, dia banyak terlepas momen indah bersama isteri, Nik Naziha Zawawi dan dua cahaya mata, Aleena Ziya, 4, dan Muhammad Umar Baba, 2, sejak tiga tahun lalu. Inilah waktu untuknya menembus kembali masa yang terbuang.

Penyanyi kelahiran kota Singa itu berkata, dia semakin seronok menguruskan perniagaan bersama isteri. Perniagaan milik kakak iparnya diserahkan kepada Harris dan isteri, sejak setahun lalu.

Terdahulu, nama Harris melonjak naik menerusi single Katakan dan drama rantaian, Isteri Tuan Ihsan sekitar tahun 2016.

Namun, dua single Harris berjudul Bagaikan Selalu dan Love Me dilihat gagal meraih perhatian peminat.

Malah, percubaannya menyertai program tarian dan nyanyian Dansa Dan Sing pada awal Januari lalu juga tidak berhasil apabila menjadi peserta pertama yang diumumkan tersingkir.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Tiada Rezeki Tempa Nama, Undur Diri Jalan Terbaik” Harris Baba Ucap Selamat Tlnggal Pada Dunia Seni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*