Farah Lee Kongsi Rekaan Tudung Segera, Khas Buat Petugas Keslhatan Muslimah, Mat3rial Tak Panas

Personaliti media sosial yang juga bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee berkongsi kepada umum rekaan tudung segera yang dihasilkan untuk diedarkan kepada petugas kesihatan sebagai pelengkap pakaian perlindungan diri (PPE) bagi golongan muslimah.

Menurut Farah, bagi fasa pertama sebanyak 2,500 tudung segera dan 5,000 helai penutup kepala PPE akan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

“Selfie sebab nak tunjuk tudung segera #C19HijabProject yang bakal diagihkan kepada frontliners muslimah untuk dipakai di bawah set PPE mereka.

“Semoga dengan adanya tudung segera ini, frontliners muslimah masih dapat menjaga aurat dengan sempurna. Tak perlu pakai tudung sendiri ke tempat kerja, selesa dan ringkas. Jadi, tak panas kuyup di bawah set PPE, insya-Allah,” kongsinya menerusi satu posting di Instagram miliknya

 

View this post on Instagram

 

Hmmph tua dah, selfie pun enambelas jam tak jumpa2 angle last2 give up upload jela apa yang ada 😌 Anyway, selfie sebab nak tunjuk Instant Tudung #C19HijabProject yang bakal diagihkan kepada frontliners muslimah untuk dipakai dibawah set PPE mereka. . Farah design very basic, takde awning, flexible face hole, with light and breathable material and moderate coverage. . Semoga dengan adanya Instant Tudung ni, frontliners muslimah masih dapat menjaga aurat dengan sempurna, tak perlu pakai personal tudung ke tempat kerja, selesa dan simple so tak panas basah kuyup di bawah set PPE, inshaAllah.! . Phase pertama #C19HijabProject (5000pcs PPE headcover & 2500pcs instant tudung) akan diagihkan dalam masa beberapa hari lagi dan Farah sekarang sedang usahakan untuk phase kedua pula since demand masih sangat tinggi. Kutipan setakat ini lebih kurang RM32,000 alhamdulillah.! . Kepada yang ingin menyumbang, boleh slide pada gambar terakhir untuk butiran. Boleh juga tolong spread around the words ya.! Pada health centres yang perlukan supply Instant Tudung ni ataupun PPE HeadCover dan BootCover, boleh terus emailkan Farah di esabel.team@gmail.com đŸ–€ #stayathome #dudukrumah #kitajagakita . @ommaesabel @fl.childrity @traveletters.official

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Katanya, edaran tudung dan penutup kepala itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Farah sekarang sedang usahakan untuk fasa kedua pula memandangkan permintaan masih sangat tinggi. Kutipan setakat ini, lebih kurang RM32,000. Alhamdulillah!
“Pada pusat kesihatan yang perlukan bekalan tudung segera ini ataupun penutup kepala dan penutup kasut PPE, boleh terus email Farah di esabel.team@gmail.com,” jelasnya.

Sebelum ini, Farah menyuarakan hasratnya untuk membantu golongan frontliners yang berdepan masalah bekalan penutup kepala dan tudung pakai buang bagi golongan muslimah.

Apapun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Farah Lee Kongsi Rekaan Tudung Segera, Khas Buat Petugas Keslhatan Muslimah, Mat3rial Tak Panas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*