Masih belum mempunyai teman hidup, ramai menanti siapakah wanita bertuah yang bakal bertakhta di hati pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak.
Melalui beberapa episod putus cinta, Zizan kini dilihat selesa memegang status solo dan memberikan tumpuan kepada aktiviti seni dan perniagaan.
Terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau dan melawak, baru-baru ini, Zizan ‘mendedahkan’ ramai pihak yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa.
Berkongsi perkara terbabit di laman Instagram miliknya, Zizan memuat naik fotonya bersama Neelofa.
“Neelofa dan neeZizan. Terbelek-belek phone ternampak gambar ni. Dan ramai juga yang tanya Zizan, kenapa tak try Lofa.
“Zizan jawab simple je, “Kau ingat Lofa tu perfume dekat Sephora nak try-try” dan orang itu berlalu pergi hilang entah kemana WhatsApp pun di block Instagram pun private. Sekian cerita hari ini,” seloroh Zizan.
Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan entri yang dimuat baik oleh Zizan.
Posting terbabit turut mendapat perhatian beberapa orang selebriti iaitu Ramona Zamzam, Daphne Iking dan Melissa Th’ng.
Apapun, kepada pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber :Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Ramai Juga Yang Tanya Zizan Razak, Kenapa Tak Try Neelofa? Ini Jawapan Tuan Punya Badan…."