“Kepada Anda Yang Rindu Pergi Gym…Saya Faham” Zul Ariffin

Aktor popular Zul Ariffin memahami perasaan orang ramai yang rindu untuk bersenam di gymnasium.

Menurut Zul, meskipun sentiasa berasa malas untuk ke gymnasium sebelum ini, namun dia mahu melakukan pembaharuan selepas detik sukar ekoran krisis COVID-19 ini berakhir.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Kepada yang rindu untuk pergi bersenam ke gym, saya faham perasaan anda semua!

“Walaupun sayalah orang yang paling malas untuk pergi ke gym, tetapi, selepas semua ini berakhir, mari kita buka lembaran baru,” tulis Zul sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, teraju utama filem Sangkar ini mengajak orang ramai untuk muhasabah diri di bulan Ramadan ini.

“Kepada semua Muslim, Ramadan dah sampai! Yayy! Lebih banyak sebab untuk kita muhasabah diri dan memikirkan tentang tujuan kita dalam kehidupan,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul turut menulis ucapan sempena menyambut Ramadan kepada pelakon kesayangan mereka itu.


Sekadar info, Zul mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2008 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kepada Anda Yang Rindu Pergi Gym…Saya Faham” Zul Ariffin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*