Pelakon Nina Iskandar membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG).
Perkara itu dimaklumnkan Nina menerusi sebuah entri di laman sosial berkenaan.
Menurut Nina, dia berbuat demikian kerana berasa penat melihat sesetengah komen yang ditulis netizen.
“Saya tutup ruangan komen kerana berasa penat dengan sesetengah komen, sila tengok Story saya dan hadam.
“Okay terima kasih, selamat berpuasa,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan IG Story pula, Nina menyarankan orang ramai untuk kurang memuat naik video di aplikasi TikTok, sebaliknya melebihkan amal ibadat di bulan Ramadan.
“Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan – banyak lagi video TikTok, Lol.
“Di bulan Ramadan ini, apa kata kurangkan berTikTok dan tingkatkan amal ibadat,” tulisnya.
View this post on Instagram
Difahamkan, Nina kini sedang berada di tempat asalnya iaitu Brunei dan menunggu hari pertama berpuasa yang jatuh pada hari esok di negara itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Sebab Saya Penat Lihat…” Nina Iskandar Tutup Ruangan K0men Di Instagram"