‘Ustaz Ebit Lew Tak Bers@lah’

“USTAZ tak bersalah, beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu,” kata Siti Nor Saadiahton Ishak, 25.

Wanita ini berkata, dia sangat sedih apabila mendapat tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak lagi akan membantu golongan miskin secara langsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dipanggil ke Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.

Katanya, jika keterangan itu membabitkan kes tular mengenai bantuan kepada keluarganya, dia sangat berharap Allah membuka jalan dan rezeki yang lebih luas untuk Ebit membantu golongan memerlukan selepas ini.

“Sesiapapun yang membuat laporan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan ustaz, ketahuilah bahawa kehadiran ustaz ke rumah kami tempoh hari membawa sinar baharu untuk keluarga saya berubah.

“Selama ini, kami sekeluarga hargai setiap bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid, bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.

“Kemudian Allah aturkan pula pertolongan daripada ustaz yang sememangnya pada ketika itu kami sekeluarga mahu berpindah, tiada siapa yang bersalah dan kami menerima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar, malam ini.

Sumber :Video viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Ustaz Ebit Lew Tak Bers@lah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*