“I Minta Bayaran Terus Kena Rej3ct” Sharifah Sofia Tak Buat Review Percuma, Tak Kemarvk Pr0duk Pun

Pelakon Sharifah Sofia menegaskan dia tidak melakukan proses reviu produk dari mana-mana syarikat secara percuma.

Jelasnya, khidmat ulasan berbayar yang diberikan untuk diletakkan dalam akaun media sosialnya membantunya untuk kelangsungan hidup.

“Kebanyakan PR syarikat meminta saya untuk melakukan ulasan dan diberikan produk secara percuma.

“Saya minta bayaran dan terus saya kena reject.

“Ulasan saya membantu untuk menyara kehidupan saya, produk yang anda beri tidak boleh melakukannya,” kata Sofia.

Namun, Sofia mengecualikan terma itu kepada pihak yang betul-betul memerlukan khidmat ulasan percumanya.

“Bukannya apa… Saya ada juga membuat ulasan percuma kepada pihak yang betul-betul memerlukannya.

“Tapi jika kalian dari syarikat besaa dan meminta saya membuat sesuatu, kena ada bayaranlah kan?” soalnya.

Tambah Sofia dia bukan individu yang kemaruk barangan percuma biarpun tiada kerjaya yang tetap.

“Saya pun dah tak ada full time job. Saya bukan gila free gifts.

“Kalau anda mahu hantar, silakan. Jika saya suka saya akan muatnaik di akaun media sosial saya.

“Kalau nak saya bercakap mengenai produk terbabit, bayarlah. Senang bukan,” ujar Sofia lagi.

Keadaan Sofia itu dipersetujui oleh pengikutnya di akaun Twitter dan menganggap setiap urusan perlu ada prosedur yang betul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“I Minta Bayaran Terus Kena Rej3ct” Sharifah Sofia Tak Buat Review Percuma, Tak Kemarvk Pr0duk Pun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*