Mr Bie Tak Sangka Lagu Aisyah Istri Rasulullah Viral

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penulis lirik asal lagu, Aisyah Istri Rasulullah, Mr Bie tidak menyangka lirik yang diubah berdasarkan lagu dendangan kumpulan Projector Band itu tular dan dinyanyikan ramai artis.

Mr Bie atau nama sebenar, Hasbi Muh Ali, 34, memberitahu, lirik lagu itu dihasilkan tiga tahun lalu atas tujuan dakwah.

“Idea untuk mengubah lirik asal lagu ini tercetus tiga tahun lalu ketika drama rantaian yang memaparkan kisah romantis pasangan kekasih popular.

“Judul lagu Projector Band iaitu Aisyah memberi inspirasi kepada saya untuk menulis kisah Aisyah Istri Rasulullah.

“Bagi saya, kisah percintaan Rasulullah SAW dan isteri Baginda boleh kita jadikan contoh,” katanya kepada BH Online.

Hasbi berkata, dia mengambil masa sehari menyiapkan lagu berkenaan sebelum dimuat naik di YouTube.

“Selepas dimuat naik, ramai suka lirik baharu yang dinyanyikan itu.

“Apabila lagu ini tiba-tiba menjadi tular dan dinyanyikan ramai artis popular di Malaysia dan Indonesia, saya sangat terkejut dan teruja,” katanya.

Antara penyanyi yang mendendangkan semula lagu ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan dan Farawahida.

Mengulas dakwaan lirik lagu itu dipertikaikan di Indonesia, Mr Bie yang juga guru agama di sebuah sekolah di Tawau, Sabah, berkata perkara itu timbul berikutan salah faham bahasa.

“Mereka mempersoalkan ayat putih kemerah-merahan yang saya gunakan ketika menggambarkan Aisyah.

“Perkara itu dibolehkan kerana saya hanya menggambarkan daripada segi perkataan. Hanya gambaran daripada segi visual sahaja yang tidak dibenarkan.

“Lagipun, sebelum saya menulis lirik ini, saya sudah merujuk kepada hadis dan riwayat yang sahih.

“Malah, saya turut bertanya kepada penulis lirik berpengalaman.

“Setakat ini, lagu ini tidak menghadapi sebarang mas4lah untuk diputarkan,” ujar bekas anggota kumpulan nasyid Feelhoney ini.

Tambah Hasbi, berikutan populariti lagu Aisyah Istri Rasulullah, dia diberi peluang oleh Map Music untuk merakamkannya sebagai single sulung.

Lagu Aisyah Istri Rasulullah boleh didapati di semua pelantar digital sejak Jumaat lalu.

Sumber :BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mr Bie Tak Sangka Lagu Aisyah Istri Rasulullah Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*