Pelakon, Isyariana merupakan nama yang bukan baru lagi dalam industri hiburan tanah air. Bahkan, sudah banyak kali lakonannya berjaya meraih perhatian peminat dan netizen.
Sebelum ini juga, sejak dirinya dikenali ramai Isyariana seringkali disamakan dengan paras rupa selebriti popular Indonesia, Agnes Monica. Bahkan, sehingga kini ada saja komen sedemikian menerusi laman sosial Instagram peribadinya.
Walau bagaimanapun, dia juga bukan saja dikenali sebagai pelakon namun dia turut dikenali sebagai penyanyi dan merupakan bekas peserta Akademi Fantasia pada tahun 2016.
Isyariana menerusi laman sosial Instagram juga semakin mendapat perhatian ramai dan memiliki hampir 300,000 followers yang mengikuti perkembangannya selain turut menyukai bakatnya.
Terbaru, Isyariana ada memuat naik satu rakaman video nyanyiannya yang mencuri tumpuan peminat dan pengikut apabila dia membuat cover lagu terbaru dari penyanyi, Nabila Razali berjudul Peluang Kedua.
Isyariana ‘cover’ lagu Nabila Razali curi tumpuan ramai
Pada 16 April lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah melancarkan single terbarunya berjudul Peluang Kedua dan lagu hasil ciptaan daripada Hael Husaini itu mendapat sambutan luar biasa peminat.
“Peluang Kedua as requested. Chorus je xde music nak full cover ke? Xyahla… Alah maaflaa salah lirik pulak. Maaflaaa.”
Meskipun dia dilihat tersalah lirik, nyanyian Isyariana ini juga mendapat pujian ramai dimana rata-rata peminat dan pengikut turut meminta nyanyian penuh darinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Instagram Isyariana
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Sering Dikatakan Iras Agnes Monica,” Isyariana ‘C0ver’ Lagu Nabila Razali Jadi Perhatian"