“Mengadu Saklt Kepala” Ac0ng Mas0k H0spital Kerana Tekanan Dar@h Tinggi

PELAWAK Acong dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami tekanan darah tinggi pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan oleh isterinya iaitu Marya Zuraida Zahari menerusi laman Facebook miliknya.

“Salam semua doakan suami saya Acong Sweetchild cepat sembuh.

“Petang Khamis masuk wad kecemasan zon kuning BP (tekanan darah) naik tinggi… baru sahaja dipindahkan ke wad.

“Kasihan lapar berpuasa tapi kena makan ubat saja, tak dapat nak makan betul-betul,” katanya.

Isteri maklumkan mengenai keadaan kesihatan Acong.

Bersama status yang ditulis itu, Marya turut berkongsi foto keadaan Acong semasa berada di wad berkenaan.

Sementara itu, menerusi Astro Gempak, Marya memberitahu suaminya itu mengadu sakit kepala sebelum di bawa ke klinik berdekatan.

“Ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari Astro, ada rakaman ‘throwback Gegar Vaganza’. Acong kata dia sakit kepala.

“Saya terus bawa ke klinik, sebab kalau ikut Acong dia mahu pulang makan Panadol sahaja di rumah. Mujur saya berkeras dan bawa juga dia ke klinik.

“Doktor di klinik terus rujuk Acong ke bahagian kecemasan Hospital Ampang kerana tekanan darahnya terlalu tinggi… Alhamdulillah daripada tekanan darahnya lebih 250, selepas dipantau doktor ia turun kepada 123 dan dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mengadu Saklt Kepala” Ac0ng Mas0k H0spital Kerana Tekanan Dar@h Tinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*