“Kita Belum Tahu Nasib Akhlr Kita,” Ustaz Ebit Lew Lawat Bandvan Akhlr, Masing-Masing Tvmpah Air Mata

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi momen ketika membuat lawatan serta menyampaikan dakwah kepada banduan di Penjara Kajang.

Kongsi Ebit, dia tidak dapat menahan rasa kesedihan apabila melihat keterujaan penghuni penjara yang gembira dapat bertemu secara empat mata bersamanya.

“Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.

Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang buat hati ini menangis.

“Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teresak-esak tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah.

“Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih je. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara.

“Sebak tengok mereka menangis. Kita belum tahu nasib akhir kita. Hanya ampunan dan reda Allah yang kita harapkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Ebit turut mendapat perhatian dan pujian ramai. Bukan itu sahaja, rata-ratanya memuji sikap Ebit yang mengambil berat hal semua orang tidak mengira siapa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Facebook Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kita Belum Tahu Nasib Akhlr Kita,” Ustaz Ebit Lew Lawat Bandvan Akhlr, Masing-Masing Tvmpah Air Mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*