Drama Bukan Gadis Biasa yang membariskan ramai pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Ayda Jebat, Ozlynn, Nazim Othman dan ramai lagi sudah pun menemui penonton sejak minggu lalu. Sebuah drama berkisarkan mengenai kekeluargaan, beberapa watak dalam drama ini memaparkan karakter lain dari kebiasaan yang dilakonkan oleh barisan pelakonnya.
Antaranya, Ayda Jebat menjadi seorang gadis tomboy, Sheila Rusly memegang watak nenek yang sangat tua dan lain-lain lagi. Malah karakter Juliana lakonan Ozlynn juga turut menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang sangat mengjengkelkan.
Malah baru-baru ini watak Juliana itu menjadi bahan parodi selepas kemunculannya dengan skrip yang sangat ‘meminta’ dalam episod 8 yang disiarkan beberapa hari lalu. Apatah lagi, sudah lama kiranya Ozlynn tidak muncul di kaca TV. Berikut adalah video parodi watak Juliana lakonan Ozlynn yang dikongsikan semula oleh pelakon ini menerusi laman Instagram miliknya:
Untuk menonton video asal lakonan Ozlynn boleh slide tepi dan menariknya video parodi ini telah meraih lebih dari 30 ribu tontonan.
Ini pula adalah reaksi peminatnya mengenai watak Juliana lakonan Ozlynn yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Ozlynn kalau berlakon tak pernah tak bikin panas…Jadi je lakonannya..Hebat”
“…Yang aku geram, dalam cerita ni Ju punya karakter sampai urat2 leher semua keluar punyalah real watak jahat tu”
“Hahahha rasa gerammm je tengok skrip ni pun I dah hafal kak Olyn”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Instagram Jozlynnhanania
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Gigih Siap Ambil Alas Meja Bagai” Par0di Watak Juliana Lak0nan Ozlynn Buat Ramai Tertawa"