“Steady La…” Achey Jadi ‘Runner’ Hantar Masakan Isteri

Seorang runner atau penghantar pesanan bukanlah satu kerjaya yang asing lagi dalam dunia kini dan perkerjaan berkenaan juga semakin menjadi pilihan ramai bagi menambah pendapatan seharian mereka dengan menjadi ia sebagai kerja part time.

Walau bagaimanapun, servis runner dalam menghantar barang malah dapat membantu ramai orang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bagi mengurangkan pergerakan dalam langkah membendung wabak Covid-19.

Seperti yang semua ketahui, memandangkan dengan keadaan kini ramai memerlukan khidmat membeli dan menghantar barang keperluan. Itu jugalah yang dilakukan oleh pelawak dan penyanyi terkenal, Achey.

Achey menerusi laman Instagram peribadinya meluahkan rasa syukur apabila mendapat pesanan kek pishang. Difahamkan, kek pishang yang dihantarnya itu merupakan masakan isterinya, Anne.

Achey jadi ‘runner’ hantar produk sendiri

Dalam pada masa yang sama, dia turut mengatakan bahawa dia menghantar sendiri pesanan produknya itu. Walau bagaimanapun, ujarnya dalam menghantar produk berkenaan membuatkan dirinya berkongsi perasaan untuk membayangkan abang-abang rider yang dipuji cekal dalam menghantar produk makanan.

“Alhamdulillah… tq pada yang order kek pishanggg! Pishangg dah ni… hantar produk sendiri je ni, bayangkan abang-abang rider kita yang cekal hantar produk makanan korang. Pergh tabik lah…”

Achey menerusi posting berkenaan juga memberitahu dirinya ‘tabik’ kepada penghantar pesanan dimana ianya merupakan satu pekerjaan yang tidak semudah disangka.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen posting Achey jadi runner itu turut membuatkan netizen memujinya selain perkongsian berkenaan meraih lebih 60 ribu tanda suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Instagram Achey

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Steady La…” Achey Jadi ‘Runner’ Hantar Masakan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*