“Nak Bersihkan Kena Pakai Full PPE Ni” Gara-gara 2 Bulan Tak Balik Rumah, Peti Sejuk Lelaki Ini Dipenuhi Ulat

Disebabkan PKP yang sudah lama dilaksanakan, sesetengah individu membuat keputusan untuk ‘meninggalkan’ rumah masing-masing bagi tujuan mengehadkan pergerakan untuk menghentikan penularan wabak Covid-19.

Susulan daripada itu, keselamatan rumah perlu dititikberatkan sementara pemilik meninggalkan rumah. Namun, pelbagai perkara yang tidak dijangka akan berlaku sekiranya pemilik rumah takde dalam rumah.

Hal ini terjadi kepada seorang pengguna Twitter menerusi perkongsiannya di akaun @adib_ozil dimana dia melihat peti ais rumahnya berulat selepas 2 bulan tak balik rumah dan dia mendapati suis utama elektrik rumah tersebut mungkin ‘ditendang’ semasa kilat.

Ergh.. memang banyak weh ulat kat tepi peti ais tu

Dalam pada itu rakan-rakannya bergurau dengan mengatakan perlu pakai full set PPE kalau nak bersihkan peti ais ni.

“Ni nanti nak bersihkan kene pakai full PPE macam frontliner ni”

Pada masa yang sama juga, ada juga netizen turut memberikan tips macam mana nak bersihkan dan hilangkan bau busuk daripada peti ais tu.

“Letak roti bagi hilang bau”

“Lap guna esen vanila”

Namun, ada juga yang suruh buang je peti ais tu daripada kena bersihkan sampai hilang bau

“Buang fridge tu beli fridge baru”

“Just throw the whole fridge”

Harapnya peti ais tu masih boleh pakai lah eh lepas dibersihkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Bersihkan Kena Pakai Full PPE Ni” Gara-gara 2 Bulan Tak Balik Rumah, Peti Sejuk Lelaki Ini Dipenuhi Ulat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*