“Muat Naik F0to Nampak Baby Bvmp.” Akhlrnya Kak Lina Tampil Buka Mul0t B0ngarkan Sesuatu

Baru sahaja empat bulan bergelar kepada Cikgu Azlan, sebelum ini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein dihujani pertanyaan daripada warganet sama ada dirinya sedang hamil berikutan badannya yang kelihatan berisi.

Bagaimanapun, Elly menjelaskan badannya semakin berisi kerana sangat bahagia disamping suami dan anaknya. Muncul di program MeleTOP semalam, rata-rata penonton tertumpu pada bahagian perutnya yang dilihat seakan ada ‘baby bump’.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik fotonya dan berseliroh mengatakan bahawa perutnya nampak buncit kerana menikmati hidangan makanan yang pelbagai dan disediakan oleh katering di tempat rakaman. Namun rata-rata warganet membuat spekulasi bahawa itu adalah baby bump dan mengatakan pengacara itu bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Terdahulu, Elly berkata dia bersedia berkongsikan berita gembira kehamilannya apabila sampai waktunya nanti. Malah,  Elly juga pernah mengatakan dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata bersama suaminya itu.

Sumber : Rotikaya/BSM

Muat naik foto suami tengah siapkan kerja. Tetapi tandas transparet yang jadi perhatian warganet. Tak sangka ini respon mengejut Kak Lina bila cakap pasal tandas.

Elly Mazlein atau lebih mesra dengan pangilan Kak Lina baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan bersama jejaka idamannya beberapa minggu yang lepas. Kak Lina yang memilih untuk merahsiakan identiti dan wajah sebenar papa awan nano sebelum majlis perkahwinannya membuatkan ramai teruja di hari pertama Kak Lina w4r w4rkan wajah jejaka idamannya itu.

Mana tak nya, kisah cinta mereka juga sangat romantik apabila Cikgu Azlan cuba menjadi gentleman mengorat Kak Lina. Alhamdullihah Kak Lina nampaknya cepat serasi dengan orang kelantan dari segi budaya makanan  orang kelantan.

Sempoi je Kak Lina makan budu, bergotong royong majlis sambut menantu di Kuala Krai kelantan sebelum ini. Terkejut juga apabila melihat Kak Lina dari keluarga bandar nampak tidak kekok dengan suasana kampung. Banyak gelagat sweet dan manja Kak Lina selepas berkahwin alhamdulillah pandai Cikgu Azlan membahagiakan Kak Lina kan.

Menerusi perkongsian dari instagram Kak Lina semalam, dia berkongsi satu gambar papa awan nano tengah siapkan kerja. Biasalah cikgu selalu bawa balik kerja sekolah di rumah kan. Tetapi yang menjadi isu di dalam gambar tersebut adalah keadaan tandas transparent di dalam bilik Kak Lina. Kerlass Kak Lina toilet terbuka macam buat Cikgu Azlan susah nak fokus buat kerja pulak.

Biasalah rata rata warganet sangat teliti bila bab memerhati habis di perhati dan membuat macam macam andaian. Gurauan warganet di sambut elok Kak Lina dan Kak Lina dengan sporting hanya menjawab ” itu hanya permainan ”

Pandai warganet memeriahkan keadaan kan, kadang kadang kehadiran warganet banyak yang baik dari tidak baik. Ramai saja yang suka Kak Lina bergurau benda benda yang baik yang kelakar dari memberi kritikan. Ada juga yang happy dan mendoakan artis kesayangan mereka.

Apa apa pun kebiasaan memang cikgu sekolah selalu bawa balik kerja sekolah buat di rumah kan. Tetapi kerja cikgu ini adalah kerja yang mulia. Terbaik Kak Lina memilih cikgu Azlan sebagai suami nampak sangat Cikgu Azlan sangat ikhlas dan baik melayani Kak Lina Sephia dan juga ayah Kak Lina. Semoga hubungan rumah tangga mereka sentiasa bahagia. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStarkini

Sefhia Sudah Ada ‘Papa’ Baharu

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyendiri tanpa kehadiran lelaki di sisi, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 38, mengakui hatinya sudah dimiliki. Elly berkata, perkenalannya dengan jejaka berusia lewat 20-an kira-kira lima bulan lalu turut membawa kebahagiaan kepada anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia Azmi yang baru mencecah usia dua tahun.

“Saya anggap hubungan kami masih terbatas sebagai kawan, memandangkan kami baru lima bulan berkenalan. Terlalu awal untuk saya katakan, kami sedang bercinta.“Namun, melihat keserasian dan penerimaan jejaka itu terhadap Sefhia membuatkan hati saya tersentuh. Selama ini, Sefhia tidak berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah.

“Walaupun masih muda, dia matang. Dia juga sangat memahami dan mengambil berat terhadap saya dan anak. Saya tidak pernah rasa bahagia sebegini, malah lebih penting, Sefhia juga gembira,” katanya. Elly berkata, hatinya terbuka untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat selepas memikirkan masa depan anaknya.

Melihat keakraban Sefhia dengan teman istimewanya itu, Elly berharap hubungan yang terjalin itu berkekalan dan membawanya kembali ke jenjang pelamin. “Kali pertama berjumpa, saya bawa Sefhia bersama. Memang pada mulanya, dia agak kekok, tetapi mereka cepat serasi hingga Sefhia memanggilnya papa.

“Ketika bercuti bersama Sefhia di Amsterdam, Belanda, baru-baru ini, dia asyik bertanyakan ‘papa’nya. Mujur panggilan video dapat mengubat kerinduan Sefhia terhadap ‘papa’nya itu,” katanya. Tidak kisah dipandang sinis apabila menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda, Elly berkata, dia selesa memekakkan telinga kerana dirinya juga berhak mengecapi bahagia.

“Saya Sekadar Mencari Rezeki & Buat Kerja Untuk Menjaga Amanah” – Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila percubaanya menjadi hos di Anugerah Skrin 2018 mendapat pujian daripada orang ramai Menurusi entri di Instagram (IG), Elly berharap agar mendapat banyak lagi tawaran untuk menjadi hos dalam sesebuah rancangan selepas ini.

“Terus rasa nak balik Kuala Lumpur sekarang juga. Thank You semua yang sudi menonton.“Saya sekadar mencari rezeki dan buat kerja untuk menjaga amanah saya iaitu Abah & Sefhia. “Semoga terus diberi peluang dan kesihatan yang baik, Insya Allah Amin.

“Terima kasih buat semua. Thank you sangat-sangat untuk @shuk_hotfm kerana banyak membantu. Semoga dapat mengehos bersama lagi, InsyaAllah,” tulisnya.Rata-rata memuji cara spontan Elly mengacara dan berharap dia diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah rancangan suatu hari nanti.

Sedikit Biodata Elly Mazlein..

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia dan zodiaknya ialah Sagittarius. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah melahirkan 4 buah album solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan.

Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit.

Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatuyang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang TersimpanJanji Kekasih dan Bungaku Bakawali yang ketika itu merajai carta radio tanah air. Pun begitu, karier nyanyiannya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.

Elly yang mulanya dikenali sebagai penyanyi namun kini lebih dikenali sebagai pelakon setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas. Sejak itu, Elly lebih dikenali sebagai pelakon, dan menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : gempak via NewcoViral

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Muat Naik F0to Nampak Baby Bvmp.” Akhlrnya Kak Lina Tampil Buka Mul0t B0ngarkan Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*