“Padat Dan Sardin” Vide0 Koc KTM Padat Dengan Penumpang Sampai Berlaga Bahu, Tak Jaga S0cial Distance

Viral di Twitter sebuah video (posting telah dipadam) menunjukkan keadaan di dalam salah satu koc KTM yang sesak dan dipenuhi penumpang. Melalui video itu boleh dilihat tiada penjarakan sosial diamalkan dan ada yang terlalu rapat hingga berlaga bahu.

Padat dan sardin!

Ramai yang memberi respon dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana terburu-buru membuka sektor ekonomi. Lepas tengok video tu ada juga yang berkata tidak mustahil akan wujudnya kluster KTM pula.

Selepas viral video tersebut, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) tampil menjelaskan bahawa kepadatan penumpang itu adalah disebabkan masalah teknikal. Menurut Malaysiakini, perkhidmatan KTM Komuter dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim, Perak pada pada Isnin lepas hanya menggunakan tiga gerabak sahaja.

Ketua Komunikasi Strategik KTMB Ahmad Asri Khalbi berkata ianya disebabkan tren enam gerabak mengalami masalah teknikal.

“Kita memang ada buat tanda penjarakan sosial. Dalam kejadian yang tular tu, pada awalnya kita merancang untuk menggunakan komuter enam gerabak, tetapi pada saat-saat akhir berlaku masalah teknikal jadi kita terpaksa tukar dengan komuter yang ada tiga gerabak sahaja.”

“Dari segi kapasiti memang lagi kecil, orang ramai bergegas ke tempat kerja jadi mereka tetap naik sedangkan pelekat untuk penjarakan sosial sudah ada dalam dan luar tren tetapi mungkin kerana penumpang ramai berpusu-pusu, jadi itu yang menjadi masalah.”

Katanya lagi, keadaan sesak itu hanya berlaku bagi satu perjalanan saja dan tidak melibatkan mana-mana perjalanan lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Padat Dan Sardin” Vide0 Koc KTM Padat Dengan Penumpang Sampai Berlaga Bahu, Tak Jaga S0cial Distance"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*