Hanya menghitung hari untuk bersalin, pelakon cantik Ardell Aryana dan suaminya Nadzmi Adhwa mengakui teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Terbaru menerusi laman Instagram, Nadzmi berkongsi sebuah video di mendendangkan zikir ‘Lailahaillallah’ untuk bayi dalam kandungan yang diberi gelaran ‘Baby AdhwArdell’ itu.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, kandungan tersebut akan bergerak apabila kalimah zikir diucapkan selain berharap agar isterinya dipermudahkan urusan bersalin nanti.
“Dear @babyadhwardell, awak mesti gerak setiap kali dengar ni. We cannot wait to see you. Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis pelakon drama Hati Perempuan itu.
Rakaman video berdurasi seminit 32 saat itu menerima pelbagai komen peminatnya yang rata-rata memuji kecomelan pasangan berkenaan serta mendoakan mereka dikurniakan zuriat soleh dan solehah.
Doakan rezeki saya juga!
Suka tengok pasangan ni. Moga kekal!
Cantik berseri2 ibu mengandung
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas lapan tahun berkenalan dan bertambah erat ketika berlakon dalam drama Namaku Bedah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Nadzmi Adhwa
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Suami Zikir Untuk Kandvngan Ardell Aryana,” Baby Bergerak Setiap Kali Dengar"