Sejak pagi semalam heboh di media sosial apabila seorang wanita bernama Siti Rohayu Ibrahim memuat naik status di Facebook mendakwa dituduh berkh4Iwat.
Umum mengetahui Siti Rohayu adalah seorang isteri kepada lelaki OKU di mana kisah mereka pernah tular dan menghiasi dada akhbar sebelum ini dan kegigihannya menjaga suami menyentuh hati ramai.
Siti Rohayu yang mesra dipanggil Umy memuatnaik beberapa ‘posting’ termasuk video menjelaskan keadaan sebenar mendakwa tuduhan kh4Iwat itu dirancang keluarga mentua.
Malah lebih mengejutkan, Umy mendedahkan fitnah yang dirancang itu ada kaitan dengan wang insurans suaminya yang bakal diterima tidak lama lagi.
Menerusi ruangan komen juga rata-rata mengecam tindakan pejabat agama.
Umy bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak menyalahkan pihak jabatan agama yang hanya menjalankan tugas selepas mendapat aduan.
Penjelasan pihak JHEAT
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bahagian Penguatkuasaan menolak dakwaan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita berusia 30 tahun dengan tuduhan berkh4Iwat dengan adik angkatnya berusia 28 tahun di rumah di daerah Besut.
Mengakui sedia maklum dengan status dimuat naik wanita tersebut, Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah JHEAT, Mohd Adnan Abdullah tampil besuara.
Kata Adnan, pihaknya terkilan apabila khabar angin itu disebarkan sedangkan pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT dan penahanan itu dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor.
” Saya sahkan memang kita ada melakukan serbuan di sebuah rumah di Besut kira-kira jam 11.20 malam hasil aduan dan risikan dijalankan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah tersebut.
” Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan.
” Dalam serbuan itu, kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penahanan itu bakal menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.
” Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesaIahan kh4Iwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.
” Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka.
” Namun ia tetap menjadi kesaIahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit sedang sakit,” katanya.
Jangan anggap bukan kesaIahan meskipun ada ahli keluarga lain
Dalam hal ini, Mohd Adnan berkata, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kesaIahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.
Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan m4hram, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesaIahan.
” Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.
” Kes ini masih dalam siasatan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana serbuan dilakukan selepas menjalankan risikan.
” Kes disiasat Seksyen 31 Enakmen KesaIahan Jnayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kh4Iwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : LH
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Pun sibuk nak terkilan