“Tak0tlah Kepada Allah” PU Syed Teg0r Video-Video Mesra Zarina Anjoulie Dan Kekasih

Syed Bakri Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed membuat teguran secara terbuka kepada Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Syed menegur perlakuan Anju dan kekasihnya yang dengan sengaja memuat naik video-video mesra untuk tatapan umum.

“Salam ramadhan buat pelakon bernama Anu dan kekasihnya. Video-video kemesraan kalian berdua, berkali-kali dengan sengaja dimuat naik ke media sosial kalian sekaligus menjadi tatapan followers kalian.

“Ambe nak tanya, semua itu atas tujuan apa ye? Adakah semata-mata untuk menunjukkan kemesraan atau nak tunjukkan kalian berani sekali melanggar batas yang dilarang dalam agama dari melepasinya?” tanya Syed.

Pesan Syed supaya Anju takut kepada Allah atas apa yang ditunjukkan kepada peminat-peminat kerana tiada hak yang lebih besar dari hak Allah yang patut umat Islam patuhi.

Syed juga meminta Anju untuk membantu Islam dan umatnya, khususnya pengikut-pengikut Anju agar takut kepada Allah.

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar mengenai halal haram) yang tidak diketahui oleh ramai orang.

“Maka sesiapa yang takut terhadap syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.

 

View this post on Instagram

 

Jadilah manusia yg patuh kpd segala perintah Allah dan jauhi laranganNya

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahya) on

“Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. …” (Riwayat Bukhari dan Muslim),” kongsi Syed lagi.

Syed Bakri juga berharap agar teguran yang diberikannya itu sampai kepada Anju dan pasangannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak0tlah Kepada Allah” PU Syed Teg0r Video-Video Mesra Zarina Anjoulie Dan Kekasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*