Nama bekas isteri Da’i Farhan juga turut terpalit sama apabila didakwa oleh Dr Erin yang mana suaminya terlalu rindu anak-anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri iaitu Fatin Nurul Ain dan ingin kembali rujuk.
Jawab segala persoalan
Namun begitu, selepas beberapa hari mendiamkan diri, Fatin telah tampil membuat kenyataan di Facebook miliknya seakan menafikan perbincangan berkenaan rujuk semula dengan bekas suami.
Hanya berhubung melalui orang tengah
Dalam kenyataan tersebut, Fatin memaklumkan tiada sebarang perbincangan berkenaan rujuk kembali dan sebarang perbincangan hanya melalui orang tengah iaitu keluarga masing-masing sejak mereka berpisah.
Tambahnya lagi, setiap pendiriannya keluarga adalah sama dengan pendiriannya iaitu tidak langsung meletakkan sebarang syarat andai kata ingin rujuk kembali.
Ingin perbetulkan salah faham
Penjelasan tersebut adalahlah berhubung dakwaan yang mana pihaknya meminta untuk tidak bermadu andai kata Fatin dan Da’i Farhan ingin kembali rujuk semula demi anak-anak.
Diakhir coretan Fatin, dia meminta agar segala salah faham dapat diperbetulkan dan berharap bulan Ramadan ini kita semua memperbanyakkan membuat kebaikan agar menjadi hambanya yang betakwa.
Untuk makluman, Da’i Farhan telah bernikah dengan Fatin Nurul Ain dan dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum berpisah ketika bekas isteri hamil anak kedua mereka selepas dikhabarkan bernikah lain dengan Dr Erin.
Namun, pada awal minggu ini, Dr Erin memaklumkan bahawa sudah berpisah dengan Da’i Farhan selepas didesak oleh sekeliling ketika sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup selama 5 bulan itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Fatin Nurul Ain
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Tiada Apa2 Perblncangan Berkenaan Hal Rujvk Kembali.” Bekas Isteri Da’i Farhan"