Dalam dunia serba moden, banyak perkara yang dapat dilakukan. Sejak 18 Mac lalu seperti yang semua dapat lihat, pelbagai kreativiti warganet tular dilaman sosial apabila mereka berjaya menghasilkan video yang menarik perhatian ramai lalu viral dan menghiburkan ramai pihak.
Walau bagaimanapun, sebuah drama berjudul Lock-In yang sejak beberapa hari ini yang menjadi bualan ramai juga tidak kurang hebatnya. Umum diketahui, bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang tidak boleh meneruskan perkerjaan mereka dan termasuklah yang terlibat dalam set penggambaran.
Biarpun begitu, hasil kreativiti drama popular dimusim kuarantin berkenaan menjadi buah mulut warganet apabila drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat berjaya membuatkan ramai terhibur.
Antara pelakon berkenaan adalah, Erma Fatima, Sherry Alhadad, Nora Danish, Neelofa, Umie Aida, Sherry Alhadad, Remy Ishak, Janna Nick dan Baim Wong.
Meskipun hanya shooting dirumah masing-masing namun drama Lock In itu berjaya menghiburkan ramai peminat mereka. Terbaru, menerusi channel YouTube Rosix & Bella yang juga merupakan milik kakak Neelofa menjadi perhatian ramai lagi selepas dia tour bilik Neelofa.
Ini kerana, menerusi perkongsian tersebut, Rosix pula berkongsi behind the scene drama berkenaan dimana memaparkan gelagat lucu pelakon terkenal itu yang gigih dalam merakamkan drama itu.
Ujar netizen, melihat gelagat behind the scene drama tersebut juga sudah mampu membuatkan mereka terhibur apatah lagi dapat melihat drama berkenaan yang sudah diedit.
Akui sudah terhibur melihat disebalik tabir
Ternyata ia betul-betul menghiburkan warganet apabila Neelofa yang turut berkongsikan video drama berkenaan dilaman Instagram miliknya sehingga meraih ribuan tontonan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, ruangan komen di Instagram Neelofa dihujani pelbagai reaksi positif penonton setia yang menantikan drama Lock In berkenaan.
Reaksi ramai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: YouTube, Instagram Neelofa
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kalau Behind The Scene Dah Buat Aku Terhibur Apatah Lagi Yg Betul2…” Netizen"