“Ni AJL Ke” Siti Sarah C0ver ‘Ku Bersuara’ Padu Habis..

Namanya bukanlah baru di dalam industri hiburan tanah air. Memiliki tubuh genit namun vokalnya mampu membuatkan ramai terpegun mendengarkan nyanyian insan seni bernama Siti Sarah ini. Cukup sinonim dengan genre R&B dan balada, antara lagu Siti Sarah yang popular adalah Semakin, Kesetian, Manis dan banyak lagi.

Sejak akhir-akhir ini Siti Sarah sering berkongsikan video dirinya mengasah vokal ketika di rumah. Video nyanyiannya itu dikongsikan menerusi laman Instagram milik penyanyi ini sendiri. Terbaru, Siti Sarah belanja cover ‘Ku Bersuara’ dan berkongsikannya kepada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

Ku Bersuara @erniezakri ❤️ _ Video ni sebelum puasa. Nak tengok full di @lovetascarves

A post shared by Dap..Dap..Dap..🎵 (@sitisarahraissuddin) on

Memang padu betul biarpun video ini hanya berdurasi sangat pendek, namun intro nyanyian Siti Sarah sahaja sudah membuatkan rasa goosebumps! Video Siti Sarah cover ‘Ku Bersuara’ nyanyian asal dari Ernie Zakri ini meraih hampir 90 ribu tontonan dan lebih dari 12 ribu likes.

Video tersebut adalah throwback dari Siti Sarah yang pernah dikongsikan pada 8 April lalu. Berikut adalah video yang pernah dimuatnaik olehnya:

Ini baru betul belanja! Walaupun di akhir video ini ada terselit keletah anaknya yang comel itu. Namun tetap lahai suara nanyiannya memang cukup merdu. Rata-rata netizen memuji nyanyiannya itu dan juga penampilan Siti Sarah menerusi video tersebut. Berikut antara pendapat yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Wownya dia punya ideramm maal ghunahh..love betholl”

“Sedapnya suara kak Siti Sarah”

“Cantiknyaa makin muda pulak tengok”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Instagram Siti Sarah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ni AJL Ke” Siti Sarah C0ver ‘Ku Bersuara’ Padu Habis.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*