“Vide0 Call JoHaRa ‘Lvcu’,” Rupanya Cal0n Svami Mira Filzah Kerja Arkitek

Sebelum ini, teka teki mengenai pelakon wanita terlaris di Malaysia iaitu Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman menjadi bualan hangat ramai.

Ini kerana, selain kerjaya pelakon dan pengacara popular ini antara yang acap kali menjadi tanda tanya adalah mengenai ‘jodoh’ dimana soalan berkenaan tidak dapat lari daripada selebriti berusia 27 tahun ini.

Pun begitu, pada awal April lalu spekulasi terjawab mengenai hubungannya dengan seseorang apabila dia mengakui sudah berpunya apabila satu rakaman video temu bual dirinya yang menjawab soalan diajukan oleh Ustazah Asma.

Walau bagaimanapun, meskipun ada yang kecewa serta patah hati dengan berita berkenaan namun rata-rata peminat turut tumpang gembira apabila Mira Filzah juga dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya itu pada Oktober ini.

Terbaru pula, Mira Filzah yang menjadi tetamu jemputan di Johara PKP Era turut menerima soalan mengenai hal itu daripada tiga gandingan penyampai radio terkenal iaitu Johan, Haniff dan Ray.

Temu bual mereka turut dikongsikan menerusi laman Instagram Era baru-baru ini dimana dia turut berbicara mengenai temu bual terdahulu bersama Ustazah Asma.

Dalam pada masa yang sama, Mira Filzah yang turut ditanya pekerjaan calon suami dirinya itu dan dapat dilihat pelakon ini tidak lagi menyembunyikan lalu menjawabnya dengan ringkas.

Mira Filzah disoal tentang calon suami 

Disamping itu, perkembangan selebriti disukai ramai ini turut mencuri tumpuan ramai sehingga mendapat ribuan tontonan dan membuatkan peminat terhibur dengan mereka.

Menerusi perkongsian Era itu juga, orang ramai dapat melihat temu bual pihak segmen JoHaRa yang membuat video call bersama frontliner, Dr. Sri Pawita dalam berkongsikan pengalaman bertugas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Instagram Era

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Vide0 Call JoHaRa ‘Lvcu’,” Rupanya Cal0n Svami Mira Filzah Kerja Arkitek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*