“H0spital Caj RM201.60 Untuk 18 Keping T0peng Muka,” Lelaki Ini Lvah Rasa Kec3wa

Krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini membuatkan hospital-hospital semakin sibuk ekoran bilangan pesakit yang semakin meningkat kerana kes jangkitan Coronavirus.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Hilman Ruhaifi Umoh meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada Prince Court Medical Center kerana telah mengenakan caj yang melampau dan tidak masuk akal.

Berdasarkan perkongsian tersebut, hospital yang terletak di Kuala Lumpur itu telah mengenakan caj RM201.60 untuk 18 topeng muka yang dipakai oleh staf mereka sendiri untuk merawat anaknya yang berumur 4 tahun.

Tambahnya lagi, beliau telah dikenakan caj deposit RM1,500 sebagai yuran pendaftaran kerana dilaporkan tidak semua perkhidmatan hospital akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Jelas Hilman, beliau ke hospital tersebut kerana mahu menguji status jangkitan Covid-19 untuk anaknya dan hasil ujian menunjukkan anaknya negatif jangkitan Covid-19.

Berang dengan apa yang terjadi, Hilman menegaskan bahawa harga siling untuk sekeping topeng muka yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah RM1.50. Maka, harga yang patut dicaj oleh pihak hospital adalah RM27.00 dan bukannya RM201.60 seperti yang tertera di dalam bil hospital.

Sambung Hilman lagi, topeng muka adalah keperluan asas untuk perkhidmatan hospital dan tidak sepatutnya dikenakan bayaran ke atas pesakit yang dirawat.

Walaubagaimanapun, pihak saudara Hilman telah menyuarakan isu ini kepada pihak pengurusan Prince Court Medical.

Melihatkan isu ini, pihak pengurusan Prince Court Medical telah berjanji akan menyiasat tentang isu topeng muka ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Lobak merah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“H0spital Caj RM201.60 Untuk 18 Keping T0peng Muka,” Lelaki Ini Lvah Rasa Kec3wa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*