Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya telah meninjau sebuah rumah usang yang terletak di Kampung Sri Damai Kuantan. Sebaik tiba di sana, dia turut bersimpati dan sayu hatinya apabila melihat keadaan penginapan keluarga tersebut.
Terdahulu, personaliti media sosial iaitu Nur Hayati Tahir menghantar mesej melalui DM Instagram kepada Ustaz Ebit Lew menceritakan kesusahan sebuah keluarga di Kuantan. Keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan empat anak kecil itu terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air.
Buang air pun di dalam semak saja
Hayati Tahir sebelum ini memuatnaik foto keadaan rumah keluarga tersebut di laman Instagram dan keratan mesej yang telah dihantar ke Ustaz Ebit Lew. Keluarga tersebut menetap di Kampung Sri Damai Kuantan itu menjalani kehidupan tanpa bekalan air dan elektrik selama 3 tahun. Malah, keluarga ini terpaksa buang air di kawasan semak ekoran tiada tandas di rumah mereka.
‘Kawasan tu di mana?’
Setelah terima DM tersebut, Ebit Lew segera minta alamat lokasi rumah berkenaan.
Saya nekad nak carikan rumah
Pendakwah bebas itu segera ke lokasi keluarga berkenaan untuk meninjau keadaan sebenar. Setiba sahaja di sana, Ustaz Ebit Lew menangis teresak-esak dan bersimpati terkenangkan nasib keluarga ini. Tambahan pula, keempat-empat orang anak ini tidak bersekolah dan kad pengenalan diri juga tidak berdaftar.
Namun bagaimanapun, Ustaz Ebit Lew bernekad mencarikan sebuah rumah untuk keluarga ini setelah mendengar luahan yang dikongsi si ibu. Anak-anak juga akan dihantar ke madrasah atau mana-mana asrama yang sesuai.
Jangan persoalkan tanggungjawab siapa
Tambahan, dia menyifatkan tindakannya memaklumkan tentang keadaan keluarga tersebut adalah untuk membantu meringankan beban. Malah, dia juga memohon agar masyarakat tidak melihat perkara ini dari sudut negatif. Dia juga berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana segera mengambil inisiatif bantu keluarga berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Nurhayatitahir, Ebitlew
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kawasan Mana Tu, Bagi Alamat” Rupanya Hayati Yg Bagitahu Ebit Lew Tentang Rumah Ini"