“Rest0re Energy, Boleh Nampak Keletihan KP” Baru Sekali Tak Nampak Kelibat Di TV Petang Semalam Dah Ramai ‘Rindu’

SETIAP hari apabila tibanya pukul 4.30 petang atau 5.00 petang, rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti sidang media yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Rata-ratanya tidak mahu terlepas daripada mengikuti perkembangan terkini yang disampaikan beliau mengenai situasi semasa berhubung kes wabak Covid-19 di negara ini.

Sejak Mac lalu, Dr Noor Hisham dan pasukannya langsung tidak pernah ‘berehat’ malah tetap setia memberikan informasi dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak media.

Itu yang rakyat Malaysia nampak di kaca televisyen sahaja.

Sebenarnya, Dr Noor Hisham dan pasukan barisan hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah hampir lima bulan bertungkus lumus sejak kes Covid-19 dikesan di negara ini pada Januari lalu.

Hampir tiga bulan lamanya rakyat Malaysia terbiasa melekat di hadapan televisyen setiap petang, namun pada Sabtu 9 Mei, sidang media yang dikendalikan oleh Dr Noor Hisham buat pertama kalinya tidak bersiaran secara langsung, sampaikan ramai dah mula ‘rindu’.

Dr Noor Hisham memaklumkan ketiadaan sidang media pada petang Sabtu menerusi Facebook beliau.

Menerusi Facebook, Dr Noor Hisham memaklumkan beliau dan sebahagian pasukannya diberikan peluang untuk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019.

“Walaupun tiada sidang media dijadualkan pada hari ini (Sabtu), satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini berkaitan status jangkitan Covid-19 dalam negara,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Perkhabaran tersebut bukan disambut dengan perasaan yang kecewa, sebaliknya rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka turut tumpang gembira apabila Dr Noor Hisham dan pasukannya diberi rehat buat sementara.

Petugas KKM bertungkus lumus berkhidmat sejak penularan wabak Covid-19 dilaporkan di Malaysia.

Bahkan ada di antara mereka juga melahirkan kebimbangan dengan tahap kesihatan petugas KKM yang langsung tidak berpeluang bercuti sejak berbulan lamanya.

“Betul… tak perlu buat sidang media tiap-tiap hari sebaliknya boleh bertukar ganti dengan timbalan ataupun menteri kesihatan. Boleh nampak keletihan KP (ketua pengarah),” tulis seorang netizen.

“Patutlah tak ada live macam biasa kelmarin. Restore your energy team,” tulis seorang lagi netizen sambil meletakkan tanda pagar #kitapasti menang.

“Ya betul… mesin pun perlu berehat untuk penyelenggaraan. Berehatlah dahulu buat seketika secara bergiliran semua frontliners,” tulis seorang yang lain.

Antara komen netizen pada perkongsian Dr Noor Hisham.

Rata-rata netizen juga turut mendoakan agar pasukan barisan hadapan itu terus diberikan kesihatan yang baik untuk menabur bakti buat rakyat Malaysia.

Posting itu meraih sehingga 2,500 shares dan dibanjiri lebih 5,000 komen netizen.

Bagaimanapun usah risau, Dr Noor Hisham akan kembali bersiaran pada pukul 4.30 petang ini untuk memberikan perkembangan terkini berhubung kes Covid-19. Jangan ketinggalan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Rest0re Energy, Boleh Nampak Keletihan KP” Baru Sekali Tak Nampak Kelibat Di TV Petang Semalam Dah Ramai ‘Rindu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*