“Mama Memang Betul-betul Hilang Pisav Kat Situ” Gelagat Lucu Ibu Ikhlas Jalil Jadi Perhatian Gara-gara Video ‘Pisav Last Kat Mana’

GARA-GARA video pendek ‘pisau last kat mana?’ yang menampilkan ibunya di laman sosial menjadi tular, nama pelakon Ikhlas Jalil tiba-tiba jadi perhatian netizen.

Ikhlas atau nama sebenarnya Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata, video yang dibuat secara suka-suka itu mencuit perhatian netizen sehingga mencecah satu juta tontonan di laman sosial sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

“Ia merupakan satu kejayaan untuk saya. Sebelum ini pun saya banyak buat video tapi tak pernah ada yang cecah satu juta tontonan, perkongsian dan sebagainya,” ujar Ikhlas kepada mStar.

Video tersebut tular di beberapa laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking ini berkata, idea video berkenaan tercetus inspirasi daripada situasi kejadian sebenar antara dia dan ibunya.

“Idea itu datang dari situasi sebenar. Nak dijadikan cerita, pagi itu mama memang betul-betul hilang pisau itu di tempat yang sama seperti yang dalam video.

“Memang mama sedang potong-potong daun pandan lepas tu tertinggal pisau di kebun. Mama minta saya tolong carikan tapi saya tak jumpa. Tapi bila mama panggil balik, saya nampak pisau tu di tiang masa nak masuk rumah. Jadi dari situ la timbul idea untuk buat video,” kongsinya.

Selain mudah untuk diarah, Ikhlas turut berkongsi keterujaan ibunya selepas mengetahui tentang penularan video itu.

Sementara itu, Ikhlas berkata, ibunya teruja apabila mengetahui video berkenaan menjadi tular dan dikongsi di laman Facebook.

Tambahnya, ibunya juga semakin bersemangat untuk terus berlakon dalam drama-drama pendek sebagai pengisian di untuk laman sosialnya.

“Alhamduillah, mudah untuk saya beri arahan pada mama untuk melakonkan babak tertentu dalam video-video saya.

“Mama memang teruja bila video itu tular kerana video-video sebelum ini memang tak pernah cecah berjuta tontonan dan ini juga merupakan berita yang baik untuk saya,” jelasnya.

“Mama memang teruja bila video itu tular”

IKHLAS JALIL

PELAKON

Bercerita tentang kerjaya lakonan, Ikhlas berkata, dia selesai menjalani penggambaran beberapa drama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Ada sebuah drama lakonan saya yang akan ditayangkan selepas raya dan juga sebuah lagi telemovie akan ditayangkan pada Ogos.

“Alhamdulillah tiada penggambaran drama yang tertangguh, semuanya selesai betul-betul sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula,” katanya.

Ikhlas Jalil pernah membintangi beberapa drama termasuk Cinta Si Wedding Planner, Sayangku Kapten Mukhriz dan Sebenarnya Saya Isteri Dia!.

 

View this post on Instagram

 

Aku pun musykil lah. Last kat mana tadi ?

A post shared by @ ikhlasjalil on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mama Memang Betul-betul Hilang Pisav Kat Situ” Gelagat Lucu Ibu Ikhlas Jalil Jadi Perhatian Gara-gara Video ‘Pisav Last Kat Mana’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*