” Saya Ser0nok Lihat Papa Kembali Buat Apa Yang Dia Suka.” Dafi

Pelakon dan penyanyi, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra disapa Dafi memberitahu dia seronok melihat bapanya kembali ke dunia politik selepas hampir setahun setengah berehat dari dunia politik.

Anak Menteri Kanan (k3selamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui sangat berbangga dengan bapanya kerana bekerja keras dan turut menjadi barisan hadapan dalam mengekang penularan C0vid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Saya seronok lihat Papa bekerja sekarang. Biarpun dia agak penat kerana bekerja berhabis-habisan, Papa gembira dengan apa yang dilakukan.

“Sebelum ini, selama setahun setengah, Papa berehat daripada melakukan apa yang dia suka. Jadi, sekarang, apabila dia kembali buat apa yang disukai, kami sekeluarga seronok.

“Sepanjang tempoh kerajaan menangani C0vid-19, saya lihat Papa kerja bersungguh-sungguh. Sebagai anaknya, saya berbangga apatah lagi selepas ramai yang meluahkan penghargaan kepada Papa,” katanya kepada BH Online.

Mengakui bapanya kini lebih popular berbanding dirinya sekarang, Dafi mengaku tidak pernah iri hati malah kagum dengan k3sungguhan bapanya bekerja biarpun kadang-kala berdepan kritikan segelintir rakyat.

Katanya lagi, dia sangat terhibur melihat telatah netizen menyamakan kemeja yang dipakai bapanya dengan kuih-muih.

“Membaca komen netizen membuatkan saya tergelak. Sebenarnya, Papa sudah lama ada koleksi baju begitu, bukan baru pakai untuk menarik perhatian orang ramai,” kata bekas peserta musim kelima, Akademi Fantasia (AF) ini.

Ditanya mengenai karier seninya, Dafi berhasrat untuk kembali aktif menyanyi awal tahun ini namun disebabkan penguatkuasaan PKP sejak Mac lalu, hasratnya terp4ksa dilupakan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.

Tak sabar pula menanti Dafi kembali menghiasi dunia seni setelah agak lama juga dia menyepi. Harap Dafi dapat buat “comeback” seperti bapanya kerana sudah pasti peminat-peminatnya tidak sabar menantikan saat itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: cari

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "” Saya Ser0nok Lihat Papa Kembali Buat Apa Yang Dia Suka.” Dafi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*