“Sepatutnya Karyawan Melayu Meny0k0ng Bvkan Menjat0hkan” Haji Zeel Kecil Hati Rakan Penerbit, Artis H3ntam Karya Sheila Rusly

KRITIKAN demi kritikan yang dilemparkan kepada drama Bukan Gadis Biasa terbitan JS Pictures turut memberi kesan kepada rakan penerbit Fadzil Teh.

Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel berasa sedih apabila kritikan tersebut daripada rakan penerbit serta artis tempatan sendiri.

Tambahnya, golongan dalam industri sepatutnya memberi sokongan terhadap sesuatu karya dan bukan kritikan yang bersifat menjatuhkan.

“Biarpun berbagai komen dan reaksi netizen terhadap watak Opah Aminah, saya rasa JS Pictures telah berjaya membawa watak itu dengan sempurnanya.

“Marahnya, lucunya berjiwa membuai emosi penonton. Kita sepatutnya menyokong kerja kerasnya bukan menghentam,” ujarnya.

Antara babak lakonan Sheila Rusly dalam Bukan Gadis Biasa.

Fadzil berkata demikian menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Isnin.

Katanya, kritikan keterlaluan yang diterima oleh Sheila itu sedikit sebanyak turut membuat dirinya terasa hati.

“Saya tak kisah jika netizen di luar sana yg menghentam tapi saya kecil hati melihat sebahagian rakan penerbit dan artis yang terang-terang menghentam kerja seni beliau, sepatutnya kita karyawan Melayu sama-sama menyokong bukan menjatuhkan.

“Sepatutnya kita karyawan Melayu sama-sama menyokong bukan menjatuhkan”

FADZIL TEH

PENERBIT

“Apapun, Bukan Gadis Biasa makin menarik plot ceritanya,” jelasnya di Instagram.

Sebelum ini, drama ini menjadi bualan ramai selepas teknik suntingannya yang lemah dikritik netizen Twitter.

Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Sheila Rusly, Ayda Jebat dan Remy Ishak disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu di slot Akasia, TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sepatutnya Karyawan Melayu Meny0k0ng Bvkan Menjat0hkan” Haji Zeel Kecil Hati Rakan Penerbit, Artis H3ntam Karya Sheila Rusly"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*