Sehingga kini rakyat yang beragama Islam masih ternanti-nanti pengumuman kerajaan sama ada membenarkan atau tidak solat berjemaah di masjid dalam negara berdepan dengan wabak Covid-19.
Selepas mengadakan perbincangan dan muzakarah, Kerajaan Persekutusan dijangka akan mengumumkan mengenai pembukaan semula masjid pada minggu ini, Sinar Harian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai kaedah terbaik untuk membenarkan umat islam di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.
“Perbincangan mengenai tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) solat di masjid sudah dilakukan Jumaat lalu menerusi Muzakarah Hal Ehwal Islam.
“Kita mengambil kira pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada SOP yang perlu dilakukan.”– Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary
Beliau berkata perkara tersebut akan dibawa ke kabinet sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Dalam seminggu ini mungkin akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.”
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian barangan asas kepada Exco Majlis Pimpinan Negeri Rakan Siswa Yadim, Muhamad Haniff Fitri Muhd Sawadi melalui Program Musa’adah Covid-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : LP
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "[TERKINI] Kerajaan Persekvtuan Dijangka Umvm Pembvkaan Semula Masjid Minggu Ini"