“12 Jam Lihat May@t Ibu Bapa KemaI4ngan,” Dana 2 Beradlk Yatlm Pi4tu Ditub0hkan

Kisah dua beradik yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan di Kilometer 20.8 Lebuhraya PLUS (arah Selatan) di Kulai pada Ahad lalu masih memberi kesan kepada orang ramai.

Anas Ayyash, 6, dan Ahmad Huzaifah, 4, terseksa kira-kira 12 jam sebelum disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kerana kenderaan mangsa tersadai jauh dari lebuh raya.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mustaqim berkongsi sebuah posting selepas kisah tersebut mengundang sebak di jiwanya selain mendoakan agar Allah SWT melindungi dua beradik itu.

Ya Allah sedihnya baca

“Duduk berdua dalam semak tengah malam, mak ayah meninggal dunia. 12 jam menahan takut, lapar, sejuk, dahaga, sakit. Menanti orang datang tolong,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Muhamad Firdaus Ali berkongsi maklumat dimana ibu kepada dua beradik tersebut Allahyarham Khairrunisa Azman ada memohon kemasukan ke tahun satu sesi 2021 untuk anak sulung.

Justeru, beliau mewakili pihak Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif bagi meneruskan hasrat mangsa supaya anak kedua-dua Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Jom teruskan hasrat kedua2 Allahyarham!

“Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.
“Derma di https://yayasanhidayah.my/anakyatim ,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Mustaqim , Muhamad Firdaus Ali

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“12 Jam Lihat May@t Ibu Bapa KemaI4ngan,” Dana 2 Beradlk Yatlm Pi4tu Ditub0hkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*