“Penterjemah Terhalang Di TV,” D0ktor Minta Penyiar Ambil Peduli Insan 0KU

Sejak bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 18 Mac 2020, pastinya rakyat Malaysia akan ternanti-nanti ucapan Perutusan Perdana Menteri dan beberapa lagi sidang media berkaitan pengumuman terkini berkenaan perkembangan semasa negara.

Jadi, rakyat Malaysia yang sememangnya berada di rumah akan memastikan siaran langsung tersebut di televisyen dapat ditonton oleh semua ahli keluarga.

Penterjemah terhalang

Namun begitu, sedikit teguran telah dikeluarkan oleh seorang doktor perubatan di Facebook berkaitan kolum penterjemah bahasa isyarat yang kerap kali tertutup dengan tulisan pemberitahuan maklumat di bawah skrin televisyen.

Hal ini membuatkan individu-individu yang mempunyai masalah pendengaran mengalami sedikit kesulitan untuk memahami apa yang disampaikan ketika sidan media itu.

Ambil peduli mereka yang memerlukan bahasa isyarat

Perkara tersebut susulan daripada keluhan yang diterima menerusi komen di siaran langsung perutusan dan sidang media menteri berkaitan pengumuman terkini keadaan negara. Mereka meminta mana-mana stesen televisyen agar peka dengan perkara tersebut kerana mereka tidak boleh mendengar seperti insan biasa.

Jangan jadikan penterjemah bahan jenaka

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berharap agar mana-mana penyiar siaran langsung ambil peduli perkara ini.

Hal tersebut kerana ada sebahagian kecil mereka yang kelainan upaya bergantung penuh kepada bahasa isyarat itu demi memahami apa yang ingin disampaikan oleh kerajaan berkenaan perkara penting semasa pendemik ini.

Harap para penyiar peka dengan isu ni

Tengok sumber asal tiada halangan

Diawal kenyataan tersebut juga, Doktor Kamarul turut mengingatkan agar mana-mana pihak tidak menjadikan penterjemah sebagai satu jenaka kerana dia menyampaikan maklumat kepada insan istimewa dengan tepat merujuk kepada intonasi yang disampaikan oleh menteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Penterjemah Terhalang Di TV,” D0ktor Minta Penyiar Ambil Peduli Insan 0KU"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*