“Sel@mat Hari Jurvr4wat, Anda Nadii Perkh!dmatan Keslhatan Kami.” DG Hisham

Hari ini merupakan Hari Jururawat Kotemporari yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pastinya sambutan tahun ini sangat berbeza kerana pendemik yang melanda seluruh dunia.

Sambut dalam keadaan bersut PPE

Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah mengambil kesempatan di Facebook rasmi beliau untuk memberi penghargaan buat kumpulan penyelia dalam kesihatan iaitu jururawat diatas khidmat bakti mereka.

Beliau akui pada tahun ini, barisan jururawat menyambut hari istimewa mereka dengan memakai sut PPE yang sangat panas dan berulang-alik ke wad dan ICU demi memberikan perawatan kepada pesakit Covid-19.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberikan penghormatan kepada jururawat di Malaysia diatas semangat dedikasi yang ditunjukkan mereka telah menjadikan negara dipandang tinggi rakan sejawat di seluruh dunia.

Tulang belakang & nadi KKM

Di akhir coretan posting tersebut, beliau mengucapkan Selamat Hari Jururawat  kepada semua barisan jururawat yang tidak mengenal lelah menjalankan tugas hingga ke saat ini.

Beliau turut mengakui bahawa jururawat merupakan nadi dan tulang belakang  dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Pengorbanan kalian sangat hebat!

Sehubungan dengan coretan ucapan yang dibuat Dr Noor Hisham di Facebook rasmi miliknya, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif diatas perkongsian tersebut.

Mereka telah mengakui bahawa barisan jururawat ketika ini merupakan barisan hero dalam sama-sama menangani pendemik yang melanda. Kegigihan mereka seharusnya dihargai dan tiada ucapan yang lebih layak diterima oleh mereka selain terima kasih yang tidak terhingga.

Terima kasih kerana berkhidmat dengan cekal

Seharusnya diberikan penghargaan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sel@mat Hari Jurvr4wat, Anda Nadii Perkh!dmatan Keslhatan Kami.” DG Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*