Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin berkata kementerian itu sudah membuat percubaan di lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas mengikut keluasan. Ini bagi memastikan penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan C0vid-19 apabila dibuka nanti.
Sebaik saja sesi persekolahan dibuka semula, satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa, lapor Berita Harian.
Beliau berkata ianya adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah pasca C0vid-19 yang akan diperincikan lagi pihaknya nanti.
“Kalau dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.”
“Ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, kita perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.”
“Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas C0vid-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian k3sihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi k3selamatan mereka.”
Selain itu, SOP di kantin juga akan diperketatkan dengan memastikan tempat itu tidak sesak seperti kebiasaan kerana risiko jangkitan menjadi lebih tinggi.
Makanan akan dibungkus dan garis panduan makan di kantin akan disediakan di mana ia membabitkan bila serta di mana pelajar akan makan.
“Kementerian akan memastikan SOP itu dapat dipatuhi sepenuhnya melalui pembukaan sesi pembelajaran kepada pelajar kelas peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada tahap lain.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Lobakmerah
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "TERKINI: SOP Hanya 17 Pelajar Dibenarkan Dalam Satu Kelas Bila Sekolah Dibuka"