“Dia Pel0k Dan Kata Dia Teringat Waktu Kecil Saya Selalu Beri Dia Handph0ne Saya” Hargai Jasa Kakak, Ismail Izzani Buat Kej0tan Hadiahkan Telef0n Bimbit

HUBUNGAN kekeluargaan yang sangat kuat antara penyanyi Ismail Izzani dengan dua orang kakaknya yang dikenali sebagai Zati dan Nur Falahi sering dikongsi di media sosial penyanyi itu.

Malah, baru-baru ini penyanyi lagu Sabar ini membuat kejutan istimewa untuk kakak sulungnya, Zati atau nama sebenarnya Nur Izzati Zainal Nazeri dengan menghadiahkan sebuah telefon bimbit sempena hari lahirnya yang ke 25.

Menerusi perkongsian tersebut, Zati meluahkan rasa sebak dan terharu apabila Ismail secara tiba-tiba menawarkan telefon bimbit baharu jenama Iphone.

Ismail rapat dengan dua orang kakaknya.

“Baru-baru ini adik tanya, ‘Along, jom teman adik pergi KLCC kejap. Nak beli barang kat Machines’. Sudah lama saya tidak pergi pusat membeli-belah dan sangat teruja nak teman dia.

“Tapi sudah tentu, saya ambil langkah berjaga-jaga. Agak panjang beratur di Machines sebab mereka had pelanggan masuk dalam kedai dan kami diminta isi maklumat diri sementara menunggu.

“Masuk kedai, adik pergi ke bahagian Iphone, dia cakap dekat saya ‘long, pilih la nak yang mana’. Saya hanya anggap ia jenaka. Dia tahu saya sudah lama inginkan telefon baru.

“Bukan disebabkan kejutan istimewa tapi cara adik menghargai perkara kecil yang saya lakukan.”

ZATI

KAKAK ISMAIL IZZANI

And it was such a sweet gesture from him. Selepas bayar untuk Iphone pilihan saya, dia peluk dan berkata yang dia teringat waktu kecil saya selalu beri dia handphone saya,” katanya.

Zati berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto dia bersama Ismail menerusi Instagram miliknya sebagai penghargaan buat adiknya itu.

Dalam pada itu, Zati mendedahkan tujuan mereka ke kedai tersebut hanya semata-mata untuk membeli hadiah hari lahirnya sahaja.

Ismail bersama keluarganya.

Zati memberitahu biarpun dia jarang meluangkan masa bersama adik-adiknya disebabkan belajar di luar negara namun mereka tetap mempunyai hubungan yang rapat dan berkongsi semua perkara.

“Rupa-rupanya, memang pergi KLCC untuk belikan saya hadiah saja. Dia tidak ada niat nak beli apa-apa untuk diri sendiri pun. Momen paling gembira untuk saya.

“Bukan disebabkan kejutan istimewa tapi cara adik menghargai perkara kecil yang saya lakukan. Walaupun saya jarang ada bersama disebabkan belajar di luar negara tapi kami tetap rapat.

“Kongsi minat yang sama dan juga semua rahsia. Jadi, ini penghargaan kecil untuk adik. Terima kasih untuk hadiah hari lahir, saya sangat sukakannya! Terima kasih dan sayang adik!” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Pel0k Dan Kata Dia Teringat Waktu Kecil Saya Selalu Beri Dia Handph0ne Saya” Hargai Jasa Kakak, Ismail Izzani Buat Kej0tan Hadiahkan Telef0n Bimbit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*