“Macam 0rang Ken@ Slmbah Asiid” Kalvt Siapkan Temp4han, C0baan Bakal Pengantin Bvka Pressvre C0oker GagaI..

DEK kerana kekangan masa, penggunaan periuk tekanan atau pressure cooker kini menjadi pilihan ramai kerana memudahkan kerja memasak.

Namun di sebalik ‘sisi hebat’ periuk tersebut, seorang pemuda berkongsi pengalaman ngerinya semasa menggunakan peralatan yang menjadi trend hari ini.

Menurut Shahrolnizam, badannya melecur teruk selepas periuk tekanan yang digunakannya tiba-tiba meletup. Lebih menyedihkan insiden itu berlaku tiga bulan sebelum majlis pernikahannya pada 26 Ogos tahun lalu.

Shahrolnizam sewaktu menerima rawatan di sebuah klinik.

“Waktu tu saya tengah siapkan oder catering untuk 40 pax di cafeteria saya di Bangsar.

“Nak setup catering pukul 11 pagi. Jadi keadaan semakin singkat, agak sedikit rushing di situ,” katanya dalam satu posting di Facebook.

Justeru, Shahrolnizam berkata dia pun menggunakan periuk tekanan yang baharu dibelinya untuk merebus daging.

“”Saya paksa buka. Paksa punya paksa. Boomb! Pressure cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi saya jadi macam orang kena simbah asid.”

SHAHROLNIZAM.

Mangsa.

Malah katanya dia mengikut langkah-langkah penggunaan periuk itu berpandukan buku manual yang disediakan.

“Di manual book tulis, after bunyi ‘wisel’ boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Lepas wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu untuk keluarkan pressure dalam tu.

Then lepas dah settle tarik button tu angin tak keluar lagi so dah tak de pressure lah kan. Lepas tu saya buka. Buka punya buka tapi cubaan untuk buka gagal,” katanya.

Shahrolnizam menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menggunakan periuk tersebut.

Bagaimanapaun Shahrolnizam berkata dia tetap memaksa periuk itu untuk terbuka sebelum ia tiba-tiba meletup.

“Saya paksa buka. Paksa punya paksa. Boomb! Pressure cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi saya jadi macam orang kena simbah asid.

“Hanya Tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu. Syukur Alhamdulillah saya dikejarkan ke klinik berhampiran. Keadaan agak panik masa tu, saya just sempat cuci muka je masa tu,” katanya.

Perkongsian Shahrolnizam mengenai kisahnya di Facebook Suami Masak Apa Hari Ini? mendapat perhatian netizen.

Ada segelintir netizen yang turut mendedahkan mereka pernah mengalami nasib yang sama.

“Sama pernah kena tapi dah prepare pegang kuat-kuat handle tu. Taklah terpelanting cuma sup tu tinggal daging saja, kuah habis merecik, ” kata Kayrel.

Tragedi tahun lalu masih segar di ingatan Shahrolnizam.

“Pernah gak hampir terkena pressure cooker ni. Kami try buka lepas rupanya kena tunggu sejuk. Nasib baik tak ada apa-apa. Fuh sampai sekarang seram nak guna benda ni,” tulis En Apai.

Dalam pada itu, Shahrolnizam turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan peralatan tersebut.

“Perjuang senduk kuali di dapur. Hati-hatilah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas yang tahu mengendalikannya.

“Buat suami atau bakal suami di luar sana, pesanlah pada keluarga anda dan perhatikan anak-anak anda. Jauhkan periuk ini dari anak-anak anda,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam 0rang Ken@ Slmbah Asiid” Kalvt Siapkan Temp4han, C0baan Bakal Pengantin Bvka Pressvre C0oker GagaI.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*