KUALA LUMPUR: Panas dikec4m netizen atas kontr0versi bantuan untuk artis, menjent1ik kesedaran dalam diri pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad.
Mengaku apa yang berlaku sebagai pengajaran terbesar dalam hidup, Nabil mendedahkan, kontr0versi itu menjadi titik tolak untuk dia memperbaiki tahap keimanan dalam diri.
“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa kontr0versi adalah sebahagian daripada kerjaya sebagai anak seni.
“Selagi bergel4r artis, sampai bila-bilalah saya kena hadap perkara ini. Cuma apa yang saya nampak, kontr0versi itu mendidik saya untuk lebih dekat dengan Tuhan dan al-Quran.
“Sebenarnya, saya bersyukur dengan isu yang tercetus itu. Secara tidak langsung, ia menjent1ik kesedaran dalam diri ini.
“Menurut seorang ustaz, jika kita seronok dengan pujian yang diberi dan kecewa dengan penghi1naan, itu maknanya tahap keimanan kita masih lemah.
“Kenyataan itu bagaikan suatu tamparan buat saya. Ternyata, insiden itu mengubah perspektif saya untuk tidak terus hanyut dengan pujian dan rasa gundah apabila dikec4m,” katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 2008 itu terseret dengan kontr0versi isu permohonan Bantuan pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk penggiat seni yang menjadi pertik4ian netizen.
Dalam perkembangan lain, Juara Raja Lawak musim kedua itu meluahkan rasa syukur kerana rezekinya tidak pernah putus walaupun industri hiburan terkesan dengan penularan COVID-19.
“Saya percaya dengan konsep bersedekah. Lagi banyak kita memberi, insya-Allah akan ada rezeki lain Tuhan bagi.
“Alhamdulillah, jadual kerja saya sangat padat walaupun dalam tempoh PKP.
“Malah, setiap hari sehinggalah hari kelapan Aidilfitri, ada sahaja program yang perlu dijayakan,” katanya yang sudah tujuh tahun menjadi duta baju Melayu Jakel.
Nabil ditemui pada majlis sidang media kempen Jakel Barulah Raya 2020 di Jakel Mall di sini, petang tadi.
Turut hadir, Pengarah Pemasaran Jakel, Azlan Abu Bakar dan duta jenama tekstil terkenal itu, Datuk Aaron Aziz.
Pada majlis itu, media diperkenalkan dengan duta baharu Jakel untuk kategori baju Melayu bersaiz besar iaitu pengacara dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : BH / Oh MyMedia
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Dikec4m Isu Bantuan Artis,” Nabil Kini Insaf Sekali Ded4h ‘J0b’ Makin Banyak.. Ini Puncanya Buat Ramai Tak Percaya"