Setiap kali menerima kad undangan majlis perkahwinan, pasti kita biasa perasaan ada penggunaan potongan ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.
Bahkan, paling tidak, mesti menggunakan perkataan ‘Bismillah’ sebagai pembuka pembicara dalam kad undangan bagi menghadiri majlis walimatul urus.
Begitupun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa, kita sebenarnya tidak digalakkan untuk menulis sebarang bentuk ayat al-Quran termasuklah ‘Bismillah’ pada kad kahwin.
Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, hukum mencetak ayat suci pada kad kahwin hukumnya makruh.
“Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara daripada tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah,” katanya dalam satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi dalil yang menyokong kepada hukum makruh tersebut.
Sebaliknya, nasihat beliau, orang ramai boleh menggunakan alternatif lain dengan ayat berbentuk doa yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
“Kesimpulan..sebaiknya jangan ditulis Bismillah atau ayat-ayat Quran atau nama-nama Allah pada kad jemputan kahwin.
“Tidak mengapa ditulis akan doa-doa dalam bahasa melayu meminta yang baik-baik bagi pengantin. Wallahua’lam,” jelasnya.
Perkongsian Ustaz Azhar Idrus itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan netizen yang kini mencatatkan lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Makrvh Hukvmnya Menulis Ayat Al-Quran Seperti Bismillah Atas Kad Kahwin” Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus…"