[TERKINI] “Kenakan PKP Waktu Hari Raya” Cadangan Dari Penasihat Khas Muhyiddin,Rupanya Ada Sebab

KERAJAAN diminta menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah pencegahan peningkatan C0vid-19 di negara ini.

Mencadangkan perkara itu, Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, ia berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman.

Katanya perkembangan di kedua-dua negara itu begitu membimbangkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika Aidilfitri.

“Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan m4ut.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang dibuat. Tuhan mel4rang. Mari berjaga-jaga.

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah langkah pencegahan yang baik. Mari kita laksanakannya dengan progresif, “katanya di laman Twitter hari ini.

Ciapan itu turut mengundang sokongan netizen yang rata-rata mahu kerajaan lebih tegas dalam isu itu.

Dalam ciapan itu Jemilah turut menanda akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan pesta Kaamatan pada hari pertama dan hanya dalam kalangan ahli keluarga dengan jumlah tetamu seramai 20 orang, manakala rumah terbuka perayaan tidak dibenarkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Hmetro

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "[TERKINI] “Kenakan PKP Waktu Hari Raya” Cadangan Dari Penasihat Khas Muhyiddin,Rupanya Ada Sebab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*