PDRM Tawar 50% Diskaun Bayaran Saman Secara Online Bermula 18 Mei

Mulai 18 hingga 21 Mei ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian. Menerusi kenyataan media di Facebook Polis Diraja Malaysia, pembayaran saman dalam talian itu perlu dibuat menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Memahami kekangan kewangan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberitahu bahawa orang ramai mempunyai kekangan dari segi kewangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Oleh itu, pihak PDRM telah menawarkan diskaun kepada mereka dan hal ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan.

Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my. Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemal4ngan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Datuk Azisman Alias turut memaklumkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian. Tambahnya, pemberian ini juga memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemal4ngan bagi tuntutan insurans.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Polis Diraja Malaysia & Berita Harian/OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "PDRM Tawar 50% Diskaun Bayaran Saman Secara Online Bermula 18 Mei"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*