Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman, di sini.
Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang ini pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.
Hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan bahawa Sultan Sallehuddin telah memperkenan pelantikan Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah ke-14.
Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti ADUN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.
Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Bernama
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kerajaan Negeri PH Tumbang,” Rakyat Kedah Dapat Menteri Besar Baru"