“Lift Dah 3 Tahun R0sak,” ‘Fr0ntliner’ Pitam Pnjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Walaupun kes positif Covid-19 di Malaysia sudah pun menunjukkan penurunan, namun masih ada lagi kawasan-kawasan yang diletakkan dalam zon merah susulan daripada terdapat kes baharu disitu.

Oleh hal yang demikian, petugas hadapan masih perlu melakukan saringan kepada mereka yang berada di kawasan disyaki agen Covid-19 bagi mengelakkan berlaku penularan di kawasan kediaman tersebut.

Cabaran besar nak buat persampelan

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang juga seorang frontliner, dia telah menceritakan situasi yang dihadapinya bersama pasukan kesihatan dalam membuat saringan dari rumah ke rumah.

Mereka terpaksa memanjat tangga sehingga tingkat 14 di Wisma Hock An kerana lift yang sepatutnya sudah 3 tahun mengalami kerosakkan.

Panjat 14 tingkat, ketuk pintu rumah ke rumah

Mereka terpaksa mengetuk pintu rumah ke rumah kerana masih ada keluarga yang degil dan tidak mahu melakukan saringan semasa di Chow Kit tempoh hari.

Jadi, sepanjang proses tersebut, ada frontliner yang tumbang kerana kehilangan banya tenaga lebih-lebih lagi sedang berpuasa.

 malas nak turun sebab lift rosak

Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai Farahin Mandagie itu, alasan penghuni rumah flat tersebut tidak mahu turun melakukan persampelan adalah disebabkan malas kerana lift rosak.

Dengan hanya beberapa orang sahaja yang tinggal susulan ramai petugas KKM yang sudah tumbang, mereka tetap gigih menahan penat, mual bau busuk dan kedegilan sesetengah penghuni demi menjalankan tugas.

Diakhir perkongsian tersebut, dia memaklumkan bahawa KKM sangat komited dalam menangani Covid-19 di Malaysia. jadi, mereka berharap sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita semua perlu memberi kerjasama dalam memastikan wabak ini tidak terus menular.

Terima kasih hero kami!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan terima kasih kepada jasa dan bakti petugas KKM. Mereka juga berdoa agar urusan frontliner di permudahkan dan wabak ini segera berakhir.

Sedih baca perkongsian ni

Mereka patut dapat bonus!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Farahin Mandagie

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lift Dah 3 Tahun R0sak,” ‘Fr0ntliner’ Pitam Pnjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*