“Sib0k D0sa 0rang Lain, D0sa Sendiri Lupa” Riena Diana K0ngsi Bhya Fitn@h Pada 10 Malam Terakhlr Ramadan

TIDAK mahu terlepas kutip pahala pada 10 malam terakhir Ramadan, pelakon Riena Diana berkongsi tentang beberapa perkara yang memberi kesedaran kepada pengikutnya.

Bagi topik pertama, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, membincangkan tentang fitnah yang hanya memberi kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak.

Lebih malang jika individu yang difitnah itu berada dalam keadaan tertekan sehingga kemurungan.

 

View this post on Instagram

 

10 malam terakhir ni riena rasa nak spread awareness satu hari satu topik. Harini i decide nak cakap pasal fitnah . Just don’t assume things la basically and then benda tu boleh jadi fitnah . I percaya benda2 ni wujud everywhere but believe me kita tktahu bila kita assume or fitnah someone or talk about someone , kita taktahu effect dia dekat orang lain . Tak rasa berdosa ke or tak rasa bersalah ke dok buat fitnah dok kutuk org pastu satlagi orang tu stress ke depression ke and then kita tktahu kemampuan seseorang tu macam mana sama ada orang tu boleh handle stress ke tidak. Lain orang lain cara diorang handle stress. WE NEVER KNOW . Kita dok sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga and terlupa. Dok sibuk la dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa . It’s not too late pun untuk sedar and fix diri kita sendiri sebab lebih baik ada kesedaran dalam diri daripada kita rasa kita baik all the time , jgn smpai hati dah jadi hitam . So just stop and mind ur own business . #rienaspreadawareness #esokspreadawarenessapapulak

A post shared by @ rienadiana_ on

Perkongsian Riena di Instagramnya.

“10 malam terakhir ini Riena rasa nak sebarkan kesedaran satu hari satu topik. Hari ini saya ambil keputusan nak cakap fasal fitnah. Jangan buat andaian dan kemudian benda itu boleh jadi fitnah.

“Saya percaya benda-benda ini wujud di merata tempat tapi percaya la kita tak tahu bila kita buat andaian atau fitnah seseorang atau bercakap tentang seseorang, kita tak tahu apa kesan dia dekat orang lain.

“Tak rasa berdosa ke atau tak rasa bersalah ke buat fitnah, kutuk orang lepas itu kejap lagi orang itu tertekan ke kemurungan ke dan kita tak tahu kemampuan seseorang itu macam mana.

“Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa”

RIENA DIANA

PELAKON

“Sama ada orang itu boleh kawal tekanan ke tidak. Lain orang lain cara mereka kawal tekanan. Kita tak akan pernah tahu,” kata Riena.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama popular Kampung People itu berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagramnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial bersetuju dengan pandangan aktres tersebut dan ada juga segelintir mereka yang berkongsi pengalaman sendiri apabila difitnah orang.

Dalam pada itu, Riena memberitahu masih belum terlambat untuk seseorang itu memperbaiki diri dan sentiasa menjaga hal sendiri tanpa mengambil tahu urusan orang lain.

Riena memberi nasihat kepada pengikutnya di Instagram.

“Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa. Sibuk dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa.

“Belum terlambat pun untuk sedar dan perbaiki diri kita sendiri sebab lebih baik ada kesedaran dalam diri daripada kita rasa kita sentiasa baik.

“Jangan sampai hati dah menjadi hitam. Jadi, berhentilah dan jagalah hal sendiri,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sib0k D0sa 0rang Lain, D0sa Sendiri Lupa” Riena Diana K0ngsi Bhya Fitn@h Pada 10 Malam Terakhlr Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*