SIDOARJO – Seramai 15 penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo dis4hkan dij4ngkiti pandemik koron4virus (C0vid-19) selepas membuka ker4nda m4yat pes4kit C0vid-19 di sini.
Menurut lapor4n Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.
“Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru m4ti akibat C0vid-19.
“Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan m4yat sehingga ada yang dij4ngkiti,” kata Khofifah semalam.
Khofifah berharap kejadian seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian may4t pesakit positif C0vid-19 sangat ketat.
“Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi,” katanya.
Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut.
Nur Ahmad mengakui sememangnya berlaku kecu4ian.
“Orang yang sepatutnya mengebumikan pes4kit positif C0vid-19 adalah pekerja k3sihatan yang memakai pakaian khas.
“Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam,” jelasnya.
Ujarnya, selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.
“Akibatnya,15 orang disahkan positif C0vid-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: bh
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "15 Penduduk Kampung Dij4ngkiti C0vid-19 Selepas Buka Ker4nda"